Cara Buat Umrah Secara Ringkas Dan Mudah Difahami

Secara asasnya, cara buat umrah ini hanya perlu sempurnakan empat rukun sahaja. Antara empat rukun perlu disempurnakan ialah berihram, tawaf, sa’ie dan tahallul.

Jika anda dapat menyempurnakan empat rukun ini, anda sudahkan pun berjaya mengerjakan umrah.

Empat Rukun Cara Buat Umrah

Dalam memastikan ibadah umrah anda dapat dilaksanakan dengan sempurna, terdapat empat perkara yang wajib anda kerjakan. Antara empat perkara itu ialah berihram, tawaf, sa’ie dan tahallul.

1. Berihram

Ihram merupakan pakaian yang perlu dikenakan semasa mengerjakan umrah. Orang lelaki perlu memakai dua lembar kain putih yang tidak berjahit.

Manakala bagi orang perempuan pula tidak dihadkan jumlah kain selagi pakaian ihram ini menutupi seluruh anggota badan. Kecuali bahagian muka dan tapak tangan sahaja.

2. Tawaf

Tawaf merupakan perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

3. Sa’ie

Sa’ie merupakan perjalanan yang berulang-alik dari Bukit Safa dengan Bukit Marwah. Perjalanan ini perlu dilakukan secara berjalan kaki sebanyak tujuh bilangan bagi memastikan sa’ie ini sempurna. Syarat sah sa’ie pula perlu dilaksanakan selepas tawaf disempurnakan.

4. Tahallul

Tahallul adalah perbuatan mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas sa’ie disempurnakan. Syarat sah tahallul adalah memotong sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

Ada juga individu yang lebih selesa untuk mencukur keseluruhan rambut mereka. Kalau mereka yang berkepala botak pula macam mana? Sebagai syarat untuk menyempurnakan tahallul, memadai melalukan pisau cukur di bahagia kulit kepala sahaja.

Saya harap dengan perkongsian ringkas tentang cara buat umrah ini dapat memberikan gambaran awal kepada anda dalam mengerjakan ibadah ini.

Saya mendoakan agar anda dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.

Pss.. Berminat nak buat umrah secara D.I.Y? Lebih jimat 40% jika menggunakan khidmat agen. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment