Maksud Haji Dan Umrah Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin anda masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan haji dan umrah kan? Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan haji dan umrah.

Maksud Haji Dan Umrah

Apabila dibincangkan tentang haji dan umrah, pastinya kedua-dua ibadah ini seakan-akan serupa. Tapi anda perlu tahu, sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara dua ibadah ini. Jom saya kongsikan kepada anda apakah yang dimaksudkan dengan haji, dan apa yang dimaksudkan dengan umrah ini.

Maksud Haji

Dalam segi bahasa, haji ini adalah menuju atau mengunjungi ke suatu tempat. Daripada sudut istilah pula, haji ini bermaksud mengunjungi Baitullah pada bula Zulhijah disertakan melaksanakan perkara-perkara wajib bagi ibadah haji.

Maksud Umrah

Dalam segi bahasa, umrah ini adalah ziarah. Daripada sudut istilah pula, umrah ini merupakan tawaf di baitullah, saie di antara safa dan marwah dengan ihram. Ianya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tidak seperti haji yang perlu dilakukan pada bulan Zulhijah sahaja.

Beza Antara Haji Dan Umrah

Haji dan umrah ini merupakan dua ibadah yang berbeza. Di bawah ini merupakan perbezaan di antara dua ibadah ini.

  • Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja. Bermula dari 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijah. Umrah pula boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
  • Haji bersifat wajib kepada setiap individu, manakala umrah pula bersifat sunat ke atas individu yang berkemampuan.
  • Syarat wajib haji memerlukan seseorang itu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, bermalam di Muzdalifah dan di Mina, dan perlu melontar jamrah. Berbeza dengan umrah, perkara wajib disebutkan tadi tidak perlu dilakukan.
  • Rukum haji ada lima manakala rukum umrah ada empat. Rukum haji ialah ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’ie dan tahallul. Rukun umrah pula ialah ihram, tawaf, sa’ie dan tahallul.

Saya harap dengan perkongsian maksud haji dan umrah ini dapat memberi pemahaman kepada anda. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila tinggalkan soalan di bahagian komen di bawah.

Pss.. Berminat nak buat umrah secara D.I.Y? Lebih jimat 40% jika menggunakan khidmat agen. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment